Tuesday, March 8, 2011

KAMI PARTI YANG MENERIMA KEKALAHAN

     Esey mengucapkan tahniah kepada seluruh petugas PAS,PKR dan DAP kerana berjaya melalui saat-saat sukar ketika berkempen dan bekerja di kedua-dua PRK DUN Kerdau dan DUN Merlimau. Kenapa esey kate saat-saat sukar? Dah tentu skali jawapannya ialah, mereka semua telah berjaya mengharungi keganasan kempen dari UMNOBN. Ditambah pulak ngan media yang sentiasa memenangkan BN di dalam siri kempen pilihanraya ini. Mereka terpaksa bekerja keras bagi menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat kepada pengundi-pengundi di sana. Mereka juga bekerja keras menjawab segala tohmahan-tohmahan yang dilemparkan media UMNO melalui ceramah dan risalah. Kalau diikutkan, memang pilihanraya ini tidak dijalankan secara adil.

     Memang patutlah UMNO menang kerana rakyat hanya menonton berita tentang kebaikan dan kesungguhan BN sahaja,tetapi tidak menyajikan rakyat bagaimana pula kesungguhan dan khidmat yang diberikan pembangkang. Jika diikutkan pendapat peribadi, memang tidak adil langsung. Tetapi kami sentiasa mengamalkan konsep wala',dimana kami patuh dan kami taat kepada ketua dan pemimpin kami yang meminta semua penyokong dan ahli bertenang dan menerima kekalahan ini. Jadi, kami menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Kami tidak kecewa kerana wakil rakyat yang baru dari UMNO itu,tidak mungkin akan berkhidmat lama di kedua DUN tersebut,kerana pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi. Janganlah bangga dengan kemenangan yang kamu perolehi dengan cara yang kotor dan jijik itu. pilihanraya umum nanti, kami yakin dan pasti, parti kamu dan parti yang ikut buntut kamu akan menjadi pembangkang dan tidak akan pernah menjadi kerajaan buat selama-lamanya.

MARZIDY
7:46pm,8/3/2011,selasa
NASRUN MINALLAHI WA FATHUN QORIB.

No comments:

Post a Comment