Dalam kita bertungkus lumus mencari seorang pemimpin yang mungkin bakal menggantikan Khulafa Al- Rasyidin,Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh, As-Syahid Hassan Al-Bannna, Khalifah Umar Abdul Aziz, As-Syahid Shiekh Ahmad Yassin, As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi, As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan ramai lagi pemimpin-pemimpin Islam dunia yang hebat- hebat belaka, maka perkara pertama yang kita perlu faham ialah, asas dan tunjanng kepada perjuangan mereka. Jika mereka yang bakal dipilih menjadi pemimpin nanti adalah dari kalangan parti atau pergerakan atau pertubuhan yang sentiasa menolak Islam, dapatkah kita bertemu dengan pengganti Salahuddin Al-Ayubi? Jawapannya sangat mudah, iaitu tidak!
Jika pemimpin yang bakal dipilih itu, seorang yang beragama Islam, pakaiannya seperti orang Islam yang lain, Solat Jumaat yang jarang ditiinggalkannya, bila pergi ke masjid, bercakap soal maruah agama, tapi dalam masa yang sama dia terpalit dengan rasuah, terlibat dalam berbagai-bagai skandal besar negara, menzalimi rakyatnya, dia mempunyai wang berjuta-juta ringgit sedangkan rakyat di bawah, masih ada yang mengutip tin-tin kosong di dalam tong sampah untuk mencari seringgit dua menampung keluarga. Jika kita pilih pemimpin sebegini, berjumpakah kita dengan pengganti Khalifah Umar Abdul Aziz? jawapannya masih sama, iaitu tidak sama sekali!
Kita mahukan pemimpin yang lantang bersuara, bila mencabar sesorang bertarung, dia tidak sesekali undur, bila berjanji, ditunaikan janji itu, bila berkhutbah atau berucap, ucapannya seperti peluru-peluru yang akan menggentarkan musuh-musuh apabila mendengarnya. Tapi jika kita memilih pemimpin yang hanya pandai bercakap dengan suara yang agak lantang, tetapi bila pihak musuh ajak bertarung, dia menikus menghilangkan diri. Bila dia menyerang, bukan dengan kudrat sendiri, tetapi dibantu oleh polis, mahkamah, media dan sebagainya. Jika pemimpin ini yang kita pilih, sudah pasti, sampai kiamat kita tidak akan dikurniakan seorang Sheikh Ahmad Yassin yang baru.
Tetapi jika kita memilih pemimpin yag perjuangannya menyambung rantai-rantai perjuangan NAbi Muhammad S.A.W, pemimpin yang teguh dengan aqidah Islamiyyah, berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, berperlembagaankan Al-Quran, Al-Sunnah,Ijma dan qiyas, sudah pasti kita dikurniakan seorang pemimpin yang akan menggantikan tempat-tempat pemimpin di atas.
Di dalam Konteks kita di Malaysia, untuk menegakkan sebuah Negara Islam yang berdaulat, tidak ada cara lain untuk berkuasa melainkan kita menyertai pilihanraya. Dengan meyertai pilihanraya, kita akan memperolehi kuasa mentadbir. Esey teringat akan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz suatu ketika dahulu, yang mengatakan bahawa Kelantan pernah ditadbir oleh Umno dengan cara sekular. Ada kelab-kelab malam, arak dijual di mana-mana, dan kewangan negeri juga berada di dalam bank-bank konvensional yang mnegmalkan riba. Apabila Kelantan jatuh ke tangan PAS, beliau duduk di kerusi MB, dengan kata lain, kuasa sudah ada di tangan, beliau mengarahkan agar kesemua wang-wang kerajaan negeri dipindahkan ke dalam akaun Bank Islam. Dalam masa tidak kurang 24 jam, arahan itu dilaksanakan. Selepas itu, hiburan-hiburan melampau dapat dikurangkan sedikit demi sedikit, etika berpakaian menurut Islam juga diperkenalkan kepada seluruh pegawa-pegawai kerajaan. Pendek kata Islam mudah dipraktikkan apabila kita memenangi pilihanraya dengan memilih pemimpin yang mentadbir atas dasar-dasar Islam yang dirintis oleh Nabi Muhammad berpandukan wahyu suci dari Allah S.W.T. Dengan adanya pemimpin sebeginilah, kita akan bertemu dengan pengganti kepada pemimpin-pemimpin hebat Islam terdahulu.
Di Malaysia, kita melihat PAS mempunyai ramai pemimpin-pemimpin atau calon-calon yang hebat untuk di pilih menjadi pemimpin Islam di Negara ini. Di dalam Pas, kita boleh lihat pemimpin yang mempunyai kelebihan tersendiri. Kita boleh lihat sorang menteri besar yang boleh bertutur dalam 5 bahasa yang hidup didalam sebuah rumah kampung yang asa binaannya adalah dari kayu seperti Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Kita boleh dengar seorang engineer mengajar kitab, seperti Dato' seri Mohamad Nizar Jamaluddin malah beliau juga mengusai 5 bahasa termasuk pelbagai loghat di dalam bahasa Inggeris, kita boleh mendengar seorang yang mempunyai lulusan dam bidang ekonomi membaca kitab di dalam bahasa arab dengan fasih seperti Dato' Husam Musa di Kelantan. Kita boleh mendengar pidato hebat tentang Agama Islam, lengkap dengan dalil2 dari Quran dan Hadis dari mulut seorang doktor seperti Dato' Dr. Hasan Mohd Ali. Kita juga boleh melihat seorang menteri besar PAS yang menyambut tetamu dari negara Arab dengan berbual dalam bahasa Arab, dan berbahasa Inggeris apabila berhadapan dengan tetamu dari negara-negara eropah, dialah Dato' Seri Azizan Abdul Razak, MB Kedah. Insan ini pula diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting di dalam gerakan Islam dunia, menjadi penggerak dan penyatu kepada seluruh gerakan Islam dunia tidak kira dari Malaysia,Pakistan,Mesir,Turki,Iran,Afghanistan dan beberapa negara Islam lain. Insan ini adalah seorang yang hidupnya juga sederhana, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang. tidak lupa juga kepada parti rakan yang turut mempunyai pemimpin ulung, tidak lain dan tidak bukan, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim yang sudah diketahui umum akan kelebihannya memimpin dan ramai lagi seperti Salahiddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Dr Harun Din........ramai lagi,semuanya berada di dalam PAS dan Pakatan Rakyat!!!
Nah! tidakkah kita semua terfikir, dapatkah kita berjumpa pemimpin Islam seperti ini di dalam parti lain terutama nya di dalam Parti Barisan Nasional?? yang ada cuma jaguh-jaguh kampung. terlibat dengan rasuah, terlibat dengan pelbagai penyelewengan, hidup dengan kaya raya tanpa memikirkan kesusahan rakyat di bawah. ini bukan pemimpin Islam namanya. pemimpin Islam adalah seperti manusia- manusia di atas itu. yang mengusai ilmu agama, menguasai pelbagai bahasa, terlibat dengan gerakan-gerakan Islam dunia,berani menyatakan bantahan terhadap kuasa-kuasa besar dunia. Apa yang kita ada dalam Umno? ya, kita ada PM dan kabinet yang pernah menyuarakan bantahan terhadap Israel, tetapi dalam masa yang sama,salah seorang menteri kabinet, mengadakan perjuampaan tertutup dengan menteri pertahanan Israel, malah PM mengupah APCO untuk memulihkan imej PM dan kerajaan! APCO datangnya dari Israel. Apa ini??
Marilah bersama-sama kita fikirkan kembali, apa gunanya kita ada orang-orang hebat seperti di atas tetapi dibiarkan begitu sahaja. Mari sama-sama kita angkat mereka ini menjadi pemimpin Islam yang terbaik di dalam negara ini, pemimpin Islam yang terulung di dalam abad ini, pemimpin yang bakal merintis untuk membina kembali Daulah Islamiyyah yang pernah mengusai dua pertiga dunia, telah merentas pelbagai benua,melepasi samudera lautan pada tahun 1500 masihi. Sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan untuk kita gapai kejayaan itu.
Bangunlah pemuda, kita bina kekuatan jiwa, kita rempuh rintangan perjuangan. Sama-sama kita jadikan generasi baru ini sebagai generasi yang gemilang, ikhlaskan jiwa bantu perjuangan Islam. Insyaallah, kita bakal mengulang kembali sejarah Islam lampau untuk membina tamadun dan mengangkat maruah ISLAM!!!
BANGKIT ANAK MUDA!! BANGKIT ANAK MUDA!! BANGKIT ANAK MUDA!!
No comments:
Post a Comment