Lepas zohor kang,esey ngn sorang kawan lagi akan bertolak ke kedah.. Nak balik ke kolej kediaman gemilang di Alor Star. Dalam 5 jam perjalanan, sampai la kitorang ke Kedah...Insyaallah..
Selama tiga hari esey di negeri serambi mekah ni, rase macam pelik jer... sebabnye, dalam berita kata, di kelantan air banjir mulai surut, terutama sekali di Pasir Mas. Yang esey dapat cakap nye, bayang air pn tak nampak melimpah kat atas jalan di Pasir Mas. Pastu berita kata di Kelantan, hujan sedikit-sedikit.. Tapi yang esey boleh gambarkan, setitik air hujan pun tak jatuh atas bumbung rumah esey kat sini. Jadi, esey harap sangatlah kepada pihak media, tolong la laporkan berita yang sebenar dan sahih. Kesian rakyat Malaysia, dok tengok berita yang agak 'bohong'.
Setakat tu je lah yang esey nak tulis sepanjang berada di Kelantan selama 3 hari ni. Kalau 5 hari, panjang lah sikit kot. Untuk perjalanan kami ke Kedah pada petang ini, ku doakan agar Allah meredhai perjalanan kami dan selamatkan perjalanan kami ke Kedah, dalam usaha kami mendalami ilmu agama, supaya kami dapat menyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah S.A.W. Sekian..
No comments:
Post a Comment