Gelagat salah seorang peserta himpunan mega mahasiswa. |
Tepat pukul sebelas pagi xd, hampir kesemua mahasiswa mahasiswi kolej university insaniah telah bersatu bagi mencari suatu jawapan dar pihak pentadbiran mengenai pelbagai kontroversi yang kini sedang melanda Insaniah. Esey ni budak baru dalam kolej ni, jadi, esey xlah tahu sangat apa isu yang sedang hangat tu, tapi xbermakna esey tak tahu langsung isu apa (adalah 2 3 perkara yang tahu). Mahasiswa dah berarak dari pejabat MPM ke depan Dewan besar Insaniah. Esey rugi, sebab masa depa berarak, esey dok kat bank Islam, urusan buka Akaun untuk PTPTN. sesampainye di kolej, penuh dah dewan insaniah. memang gempak lah, dengan laungan2 keramat seperti "Hidup..Hidup..Mahasiswa..", "Hancur..Hancur..Kebatilan..", "Mahasiswa..Sudah bangkit!!" dan macam2 lagi lah. Cuma perbezaan demonstrasi ini, Kami tidak di sembur dengan gas pemedih mata mahupun air asid dari water canon. Apa2 pun, setelah 2 jam lebih berhimpun dan berdialog dengan pihak pentadbiran, banyak juga masalah-masalah yang terjawab, dan yang masih belum terjawab, pihak pentadbiran berjanji akan menjawab segala persoalan dalam masa seminggu. Pada penghujung sesi, satu memorandum tentang penyelewengan pentadbiran kolej insaniah berjaya disampaikan oleh Pengerusi MPM insaniah, saudara Mohd Faiz kepada Rektor Kuin, Dato' Dr. Jamil. Semoga perhimpunan ini akan meningkatkan lagi tahap pentadbiran Kuin dan dapat menaikkan nama mahasiswa itu sendiri.
WE LOVE KUIN.
No comments:
Post a Comment