Tuesday, January 25, 2011

MUHYIDIN TUNJUK PANDAI LAGI

Mase esey baca2 utusan Online, esey terbaca la satu berita yang mnunjukkan calon BN di DUN Tenang,johor adalah sorang yang bersih,baik peribadinya dan merupakan calon terbaik bagi penduduk di DUN Tenang. orang yang ditemuramah ialah Tan Sri Muhyidin Yassin,pakcik kepada member ekey,Atique Yassin. Atique xder kena mngena langsung dalam hal nie. Atique Orang PAS.

Ok, kita balik pade tajuk kita.
muhyidin tujuk pandai lagiiii!!

ni lah muhyidin kalau nak kenal..

Dia kata, "calon BN bersih,,pangai baik. Kes mahkamah yang dia hadapi mase jadi ADO dulu,bukan sebab perangai peribadi dia, tapi sebab ats kpasiti dia pegawai kerajaan". Nah ko! patut la Isa Samad boleh jadi YB smula & dlntik jd Pengerusi Felda. sebab ape? sbb Isa Samad orang baik, bersih,pndai wat keja n bla bla bla! Mase Isa Samad di gantung dalam Umno sbb terlibat ngan rasuah dulu, bukan sbb peribadi dia, tapi atas kapasiti dia sorang calon MT umno! muhyidin dh nyanyuk! maknanya, yang rasuah dulu, bukan Isa yg sebenar, tapi calon MT umno yg mnyerupai Isa Samad.!! Isa yang sebenar adalah sorang manusia yang paling baik(pada UMNO la)! same jugak halnye dengan calon PRK tenang nih. Mase dia jadi ADO dlu, dia prnah disaman dengan sorang pmilik tanah sebab si calon (Azahar) ni tlh mnjual tanah tu tnpa pengetahuan pmilik asalnya.. maknanya Azhar sorang yang tak amanah dalam menjaga harta rakyat! jual ikut suke ati kepale dia jer. tapi Muhyidin kata dia calon terbaik,calon yang tiada masalh peribadi,calon yang bersih,calon yang boleh jaga rakyat kononya. Masalah kes sblum ni bukan dia yang buat, tapi mungkin jelmaan jembalang tanah yang mnyerupai rupa Azahar menjadi ADO mase tu. sebab tu la ADO tu xamanah,sedangkan Azahar sorang yang amanah sebenarnya! ape la aku dapat sorang TPM yang nyanyuk.. bcakap macam budak x abis skolah... aku yang biol2 ni pn buleh fikir dengan baik ape yang dia cakap, ape lagi pengundi tenang yang bijak2 dari aku berfikir.. sah2 parti ko akan tersungkur kali ni di Tenang! paling kurang, Pas akan dapat kurangkan majoriti 2000 dulu kpada 800 lbih sahaja..

Esey pun xberapa reti dengan cara pemimpin umno berfikir. Calon PAS adalah seorang perempuan yang kukuh asas agamanya. jadi, tidak hairanlah jika beliau tidak bersalam dengan mana-mana lelaki ataupun beliau memakai sarung tangan untuk berjabat tangan dengan mana-mana lelaki ajnabi dalam siri kempen pilihanraya ini. Kita semua memang sudah maklum akan hukum itu. Tidak perlu di pertikaikan lagi. tibe2, datang sorang hero porno MCA/BN, menyindir calon PAS ini kerana tidak bersalam dengan lelaki. Yang esey hairannya, kenapa pemimpin-pemimpin yang beragama Islam di dalam parti perkauman melayu(UMNO) tidak menyelar tindakan hero porno ini? takut ke?? Mana Muhyidin yang pernah suatu ketika pernah mengeluarkan kenyataan,"saya tahu tentang Agama"....! Semuanya diam seribu bahasa.

Malah yang bangkit menentang adalah pemimpin-pemimpin yang berbangsa Cina dan bukan Islam dalam DAP dan PKR!! Tidak kurang hebatnya dengan kritikan-kritikan dan serangan balas yang diberikan pemimpin-pemimpin kami di dalam PAS.. Malu lah pemimpin melayu UMNO!! Kamu berkawan dengan MCA berpuluh tahun, tapi kamu masih belum mampu menerangkan hukum Islam kepada mereka. Lihat lah Islam yang dipasarkan oleh PAS, baru beberapa tahun berkawan dengan DAP dan beberapa individu-individu bukan Islam yang berada di dalam PKR, kini mereka sudah mengerti apa itu Islam dan apa itu hukum Islam. Malah, jika tidak keterlaluan,esey nk cakap,esey nampak mereka ini lebih faham Islam dari pemimpin UMNO yang melayu!


pimpinan
kami akan sentiasa berada dibelakang anda

Wahai Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani,Selawat dan salam keatas junjungan besar kekasihMu Nabi Kami, Nabi Muhammad S.A.W. para sahabatnya dan seluruh ahli keluarga nya. Ampuni segala dosa ibu bapa kami dan kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil. Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan di langit dan di bumi. Engakau lah sebaik2 perancang. kepada Engkau lah kami memohon bantuan setelah segala kudrat kami kerahkan untuk memperjuangkan Agama MU Ya Allah. Apalah kira nya Engkau memperkenankan doa kudus kami ini.. Engkau bantu la kami Ya Allah. Hancurkanlah musuh-musuh kami.,musuh agamaMu. Engkau gagalkanlah segala perancangan jahat mereka selama ini untuk menjatuhkan kami. Engkau hancurkanlah mereka ini sepertimana Engkau hancurkan tentera2 Abrahah! walau besar dan ramai sekalipun musuh kami itu, Engkau kalahkanlah mereka,Engkau sedikitkanlah bilangan mereka, redhakanlah perjalan kami di atas dunia ini,rahmatilah perjuangan kami supaya kami mempunyai jawapan dihadapan Mu di akhirat nanti jika kami ditanya tentang apa usaha kami di dalam menyebarkan Islam. Engkau menangkan lah Calon Parti Islam Semalaysia di dalam Pilihanraya Kedil DUN Tenang Johor. Menagkanlah Calon kami, Normala Sudirman. Supaya dengan kemenangan ini,akan menambahkan semangat kami untuk berjuang selagi terdaya,menyebarkan agamaMu tanpa rasa gentar lagi.. Wahai Allah,,,,Engkau lah Maha Mendengar dan Maha Pemurah.. Dengarilah doa ikhlas kami ini...makbulkanlah permintaan yang bersungguh-sungguh dari kami ini Ya Allah...Aminn Ya Robbal 'Alamiinn.. TAKBIRRRRRRR!!!

Saturday, January 22, 2011




Esey saje je upload gambar2 ni.. sebab macam lame je x upload blog nih.. lagipun, tengok gambar2 ni, boleh tenangkan jiwa. Terapi jiwa dengan gambar namanya. Ape-ape pun, semoga kita jadi hamba Tuhan yang pandai bersyukur dan menghargai setiap apa yang Tuhan dah berikan pada kita.. begitu banyak dosa kita padaNya, tapi dia masih lagi memberikan kita hadiah alam yang cukup indah ni......

Saturday, January 15, 2011

BALIK KUIN.........PENAT!

     Lepas zohor kang,esey ngn sorang kawan lagi akan bertolak ke kedah.. Nak balik ke kolej kediaman gemilang di Alor Star. Dalam 5 jam perjalanan, sampai la kitorang ke Kedah...Insyaallah..

     Selama tiga hari esey di negeri serambi mekah ni, rase macam pelik jer... sebabnye, dalam berita kata, di kelantan air banjir mulai surut, terutama sekali di Pasir Mas. Yang esey dapat cakap nye, bayang air pn tak nampak melimpah kat atas jalan di Pasir Mas. Pastu berita kata di Kelantan, hujan sedikit-sedikit.. Tapi yang esey boleh gambarkan, setitik air hujan pun tak jatuh atas bumbung rumah esey kat sini. Jadi, esey harap sangatlah kepada pihak media, tolong la laporkan berita yang sebenar dan sahih. Kesian rakyat Malaysia, dok tengok berita yang agak 'bohong'.

     Setakat tu je lah yang esey nak tulis sepanjang berada di Kelantan selama 3 hari ni. Kalau 5 hari, panjang lah sikit kot. Untuk perjalanan kami ke Kedah pada petang ini, ku doakan agar Allah meredhai perjalanan kami dan selamatkan perjalanan kami ke Kedah, dalam usaha kami mendalami ilmu agama, supaya kami dapat menyambung rantai-rantai perjuangan Rasulullah S.A.W.  Sekian..

Tuesday, January 11, 2011

MENCARI PENGGANTI..........

Dalam kita bertungkus lumus mencari seorang pemimpin yang mungkin bakal menggantikan Khulafa Al-   Rasyidin,Salahuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh, As-Syahid Hassan Al-Bannna, Khalifah Umar Abdul Aziz, As-Syahid Shiekh Ahmad Yassin, As-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi, As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan ramai lagi pemimpin-pemimpin Islam dunia yang hebat- hebat belaka, maka perkara pertama yang kita perlu faham ialah, asas dan tunjanng kepada perjuangan mereka. Jika mereka yang bakal dipilih menjadi pemimpin nanti adalah dari kalangan parti atau pergerakan atau pertubuhan yang sentiasa menolak Islam, dapatkah kita bertemu dengan pengganti Salahuddin Al-Ayubi? Jawapannya sangat mudah, iaitu tidak! 

     Jika pemimpin yang bakal dipilih itu, seorang yang beragama Islam, pakaiannya seperti orang Islam yang lain, Solat Jumaat yang jarang ditiinggalkannya, bila pergi ke masjid, bercakap soal maruah agama, tapi dalam masa yang sama dia terpalit dengan rasuah, terlibat dalam berbagai-bagai skandal besar negara, menzalimi rakyatnya, dia mempunyai wang berjuta-juta ringgit sedangkan rakyat di bawah, masih ada yang mengutip tin-tin kosong di dalam tong sampah untuk mencari seringgit dua menampung keluarga. Jika kita pilih pemimpin sebegini, berjumpakah kita dengan pengganti Khalifah Umar Abdul Aziz? jawapannya masih sama, iaitu tidak sama sekali!

     Kita mahukan pemimpin yang lantang bersuara, bila mencabar sesorang bertarung, dia tidak sesekali undur, bila berjanji, ditunaikan janji itu, bila berkhutbah atau berucap, ucapannya seperti peluru-peluru yang akan menggentarkan musuh-musuh apabila mendengarnya. Tapi jika kita memilih pemimpin yang hanya pandai bercakap dengan suara yang agak lantang, tetapi bila pihak musuh ajak bertarung, dia menikus menghilangkan diri. Bila dia menyerang, bukan dengan kudrat sendiri, tetapi dibantu oleh polis, mahkamah, media dan sebagainya. Jika pemimpin ini yang kita pilih, sudah pasti, sampai kiamat kita tidak akan dikurniakan seorang Sheikh Ahmad Yassin yang baru.

   Tetapi jika kita memilih pemimpin yag perjuangannya menyambung rantai-rantai perjuangan NAbi Muhammad S.A.W, pemimpin yang teguh dengan aqidah Islamiyyah, berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, berperlembagaankan Al-Quran, Al-Sunnah,Ijma dan qiyas, sudah pasti kita dikurniakan seorang pemimpin yang akan menggantikan tempat-tempat pemimpin di atas. 

      Di dalam Konteks kita di Malaysia, untuk menegakkan sebuah Negara Islam yang berdaulat, tidak ada cara lain untuk berkuasa melainkan kita menyertai pilihanraya. Dengan meyertai pilihanraya, kita akan memperolehi kuasa mentadbir. Esey teringat akan kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz suatu ketika dahulu, yang mengatakan bahawa Kelantan pernah ditadbir oleh Umno dengan cara sekular. Ada kelab-kelab malam, arak dijual di mana-mana, dan kewangan negeri juga berada di dalam bank-bank konvensional yang mnegmalkan riba. Apabila Kelantan jatuh ke tangan PAS, beliau duduk di kerusi MB, dengan kata lain, kuasa sudah ada di tangan, beliau mengarahkan agar kesemua wang-wang kerajaan negeri dipindahkan ke dalam akaun Bank Islam. Dalam masa tidak kurang 24 jam, arahan itu dilaksanakan. Selepas itu, hiburan-hiburan melampau dapat dikurangkan sedikit demi sedikit, etika berpakaian menurut Islam juga diperkenalkan kepada seluruh pegawa-pegawai kerajaan. Pendek kata Islam mudah dipraktikkan apabila kita memenangi pilihanraya dengan memilih pemimpin yang mentadbir atas dasar-dasar Islam yang dirintis oleh Nabi Muhammad berpandukan wahyu suci dari Allah S.W.T. Dengan adanya pemimpin sebeginilah, kita akan bertemu dengan pengganti kepada pemimpin-pemimpin hebat Islam terdahulu. 

     Di Malaysia, kita melihat PAS mempunyai ramai pemimpin-pemimpin atau calon-calon yang hebat untuk di pilih menjadi pemimpin Islam di Negara ini. Di dalam Pas, kita boleh lihat pemimpin yang mempunyai kelebihan tersendiri. Kita boleh lihat sorang menteri besar yang boleh bertutur dalam 5 bahasa yang hidup didalam sebuah rumah kampung yang asa binaannya adalah dari kayu seperti Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Kita boleh dengar seorang engineer mengajar kitab, seperti Dato' seri Mohamad Nizar Jamaluddin malah beliau juga mengusai 5 bahasa termasuk pelbagai loghat di dalam bahasa Inggeris, kita boleh mendengar seorang yang mempunyai lulusan dam bidang ekonomi membaca kitab di dalam bahasa arab dengan fasih seperti Dato' Husam Musa di Kelantan. Kita boleh mendengar pidato hebat tentang Agama Islam, lengkap dengan dalil2 dari Quran dan Hadis dari mulut seorang doktor seperti Dato' Dr. Hasan Mohd Ali. Kita juga boleh melihat seorang menteri besar PAS yang menyambut tetamu dari negara Arab dengan berbual dalam bahasa Arab, dan berbahasa Inggeris apabila berhadapan dengan tetamu dari negara-negara eropah, dialah Dato' Seri Azizan Abdul Razak, MB Kedah. Insan ini pula diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan penting di dalam gerakan Islam dunia, menjadi penggerak dan penyatu kepada seluruh gerakan Islam dunia tidak kira dari Malaysia,Pakistan,Mesir,Turki,Iran,Afghanistan dan beberapa negara Islam lain. Insan ini adalah seorang yang hidupnya juga sederhana, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang. tidak lupa juga kepada parti rakan yang turut mempunyai pemimpin ulung, tidak lain dan tidak bukan, Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim yang sudah diketahui umum akan kelebihannya memimpin dan ramai lagi seperti Salahiddin Ayub, Dato' Mahfuz Omar, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Dr Harun Din........ramai lagi,semuanya berada di dalam PAS dan Pakatan Rakyat!!!

     Nah! tidakkah kita semua terfikir, dapatkah kita berjumpa pemimpin Islam seperti ini di dalam parti lain terutama nya di dalam Parti Barisan Nasional?? yang ada cuma jaguh-jaguh kampung. terlibat dengan rasuah, terlibat dengan pelbagai penyelewengan, hidup dengan kaya raya tanpa memikirkan kesusahan rakyat di bawah. ini bukan pemimpin Islam namanya. pemimpin Islam adalah seperti manusia- manusia di atas itu. yang mengusai ilmu agama, menguasai pelbagai bahasa, terlibat dengan gerakan-gerakan Islam dunia,berani menyatakan bantahan terhadap kuasa-kuasa besar dunia. Apa yang kita ada dalam Umno? ya, kita ada PM dan kabinet yang pernah menyuarakan bantahan terhadap Israel, tetapi dalam masa yang sama,salah seorang menteri kabinet, mengadakan perjuampaan tertutup dengan menteri pertahanan Israel, malah PM mengupah APCO untuk memulihkan imej PM dan kerajaan! APCO datangnya dari Israel. Apa ini??

     Marilah bersama-sama kita fikirkan kembali, apa gunanya kita ada orang-orang hebat seperti di atas tetapi dibiarkan begitu sahaja. Mari sama-sama kita angkat mereka ini menjadi pemimpin Islam yang terbaik di dalam negara ini, pemimpin Islam yang terulung di dalam abad ini, pemimpin yang bakal merintis untuk membina kembali Daulah Islamiyyah yang pernah mengusai dua pertiga dunia, telah merentas pelbagai benua,melepasi samudera lautan pada tahun 1500 masihi. Sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan untuk kita gapai kejayaan itu.

     Bangunlah pemuda, kita bina kekuatan jiwa, kita rempuh rintangan perjuangan. Sama-sama kita jadikan generasi baru ini sebagai generasi yang gemilang, ikhlaskan jiwa bantu perjuangan Islam. Insyaallah, kita bakal mengulang kembali sejarah Islam lampau untuk membina tamadun dan mengangkat maruah ISLAM!!!

BANGKIT ANAK MUDA!! BANGKIT ANAK MUDA!! BANGKIT ANAK MUDA!!

HIMPUNAN MAHASISWA INSANIAH

Gelagat salah seorang peserta himpunan mega mahasiswa.


Tepat pukul sebelas pagi xd, hampir kesemua mahasiswa mahasiswi kolej university insaniah telah bersatu bagi mencari suatu jawapan dar pihak pentadbiran mengenai pelbagai kontroversi yang kini sedang melanda Insaniah. Esey ni budak baru dalam kolej ni, jadi, esey xlah tahu sangat apa isu yang sedang hangat tu, tapi xbermakna esey tak tahu langsung isu apa (adalah 2 3 perkara yang tahu). Mahasiswa dah berarak dari pejabat MPM ke depan Dewan besar Insaniah. Esey rugi, sebab masa depa berarak, esey dok kat bank Islam, urusan buka Akaun untuk PTPTN. sesampainye di kolej, penuh dah dewan insaniah. memang gempak lah, dengan laungan2 keramat seperti "Hidup..Hidup..Mahasiswa..", "Hancur..Hancur..Kebatilan..", "Mahasiswa..Sudah bangkit!!" dan macam2 lagi lah. Cuma perbezaan demonstrasi ini, Kami tidak di sembur dengan gas pemedih mata mahupun air asid dari water canon. Apa2 pun, setelah 2 jam lebih berhimpun dan berdialog dengan pihak pentadbiran, banyak juga masalah-masalah yang terjawab, dan yang masih belum terjawab, pihak pentadbiran berjanji akan menjawab segala persoalan dalam masa seminggu. Pada penghujung sesi, satu memorandum tentang penyelewengan pentadbiran kolej insaniah berjaya disampaikan oleh Pengerusi MPM insaniah, saudara Mohd Faiz kepada Rektor Kuin, Dato' Dr. Jamil. Semoga perhimpunan ini akan meningkatkan lagi tahap pentadbiran Kuin dan dapat menaikkan nama mahasiswa itu sendiri.

WE LOVE KUIN.

Sunday, January 9, 2011

InsyaAllah.... Esok kito samo2 turun berdemonstrasi, kek dopan dewan Sultan Abd Halim Muazam Shah bagi menuntut pihak yang bertanggungjawb menjelaskan duduk perkara yang sebenar dalam masalah yang sedang dihadapi mahasiswa mahasiswi KUIN.. Yuran nak dinaikkan,international student jadi anak emas kepada pentadbiran kuin,transfer kredit pon dikenakan RM50 walaupun untuk satu subjek sahaja dan banyak lagi masalah2 yang berkaitan. Jadi, sama2 kita sertai himpunan ini untuk menunjukkan bahawa kami mahasiswa yang tidak takut untuk bersuara.
saje je esey letak gambar sunrise ni, sebab nk nunjukkan esey ni masih baru dalam dunia blog ni.. harap2 boleh expert lah di masa akan datang.. InsyaAllah..