Friday, December 16, 2011

KENANGAN LAMA KEMBALI DALAM DIRI

hye...hampir stahun brlalu,baru ari nie aku berjaya nak update blog aku...wakakakaka....


kali nie kuar sikit dari rel politik..hehehe...


aku nak cakap yg perasaan aku ari nie ade sedih...ade happy...


sebab awek ku yang menghilang tetibe add fb aku xd...hehehe....


tp,kini aku xleh la nak anggap dy awek lagi...sebab dia dah ade yang punye laa..huhu.... tp xper....aku tetap same macam dulu...hehe


pade bekas awek... semoga awak happy yer...hehehehe...

Sunday, June 5, 2011

SALAM LEPAS MUKTAMAR

Salam...lame betul aku x tulis..hehehe...so..straight to the point...lepas muktamar,kita akan dapat merasakan bahawa UMNO kini sudah tidak boleh tidur lena...kerana saf kepimpinan PAS yang baru adalah orang2 yang sangat komited menentang UMNO dari dahulu sehingga kini... jom tengok...

mursyidul am = Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
presiden = Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang
timb. presiden= Tuan Haji Mohamad Bin Sabu
Naib Presiden=1- Dato' Paduka Haji Husam Bin Musa
                        2-Dato' Mahfuz Bin Omar
                        3- Salahuddin Bin Ayub
Ketua Pemuda= Ustaz Nasaruddin Tantawi
timb. ketua pemuda= Ustaz Nik Abduh Nik Aziz
Ketua Muslimat= Siti Zailah Yusof
timb.ketua muslimat= Mariah mahmood.

teruja sungguh aku bile tengok saf kepimpinan kali nie...insyaAllah..Laluan ke putrajaya semakin jelas...UMNO xkan tidur lena kali nie...insyaAllah...TAKBIRR...

MARZIDY...

Monday, March 28, 2011

pilihanraya sarawak dan fitnah seks

     Salam.... dah lamo den xbukak blog nieh...mungkin maleh agak ehh...nie pown den bukak kat Insan System di Insaniah..hehehe...

     Okeh... Sekang Malaysia akan menyaksikan satu pilihanraya negeri yang akn di adokan di Bumi Kenyalang.. Pertarungan sengit akan berlaku,antara PAS,UMNO,PKR,DAP,SNAP dan banyak laie yang akan masuk bertanding..

     Sudah sedio maklumlah kan,bilo tibo yo pilihanraya,tak kigho lah pilihanraya umum ko,nogoghi ko ataupun pilihanraya kocik,sumo eh akan mulo bermain ngan janji.. yo lah,kalau xberjanji,mano nak dapek undi yo tak??

     Bagi PAS ataupun parti yang ado dalam dado den,mereka sumo mahu memperjuangkan isu tanah adat yang mano telah di ghampeh oleh kerajaan sarawak tanpo ado cakap papo pado pemilik asal tanah tuh...huhuhu

     UMNO pulak ataupun parti yang xdo langsung dalam dado den,pasti akan mulo berjanji bukit omeh dan permato.. memang dorang nih,xleh lari dah dari berjanji dengan memberikan harto dan kobondoan pado rakyat jelato.. tapi bilo dah monang, dorang mulo la lupo kek janji dorang sobolum nieh. apo nak jadi la ngan parti melayu ni. memang dasar UMNGOK sunggoh laaaaahhh...

     Bagi PKR pulak, sobolum dorang mulo berjanji apo2,baik dorang perangi sehabih mungkin fitnah yang pado den xubah macam kojo orang yang xdo otak. Pastu ado pulak profesor dari U tmpatan mulo nak jadi mashitah kedua. dio koba buleh kito nak tonton video lucah kalau niat kito ikhlas nak cari kebenaran. pado den la,baik prof nie p masok umno,pastu p jadi calon umno kek mano2 pilihanrayo yang ado kek dalam negaro nieh.. Bagi den,kalu PKR berjayo lawan fitnah terbaru ni,xpayah la banyak na kojo yang pakatan perlu buek untuk menang dalam pilihanrayo negeri nih..kantoikan sapo yang buek kojo nieh. kalau UMNO terlibat,buktikan dorang terlibat! bilo sah terbukti eh yang memang UMNO terlibat,bolom ngundi laei kito dah taw sapo yang akan perintah Sarawak... insyaAllah...

     bagi DAP pulak,pertahankan betul2 kerusi yang kito monang pado PRU-12 yang lopeh... pastikan tsunami politik yang melando negaro kito masih berlaku.. jangan lopehkan kerusi2 tuh dan,den harap 15 kerusi yang DAP tanding nih,akan monang dengan bergayo eh... mosti monang!!!

     Akhir skali, den dan seluruh penyokong PAKATAN RAKYAT, akan sentiaso berdoa moga apo yang kito usohokan ni,akan di baleh oleh Allah hendaknyo.. semugo negaro Malaysia yang kito sayang nih,jauh dari puak2 yang sentiaso rompak harto kito.. semugo,Sarawak akan jadi milik PAKATAN RAKYAT lopeh ni dan selamo-lamonyo...TAKBIR!!

KALAU TAKUT DONGAN LOMBU,JANGAN CUBO POGANG TANDUK EH
by MARZIDY...28/3/2011..5.15.40pm..Isnin...

Tuesday, March 8, 2011

KAMI PARTI YANG MENERIMA KEKALAHAN

     Esey mengucapkan tahniah kepada seluruh petugas PAS,PKR dan DAP kerana berjaya melalui saat-saat sukar ketika berkempen dan bekerja di kedua-dua PRK DUN Kerdau dan DUN Merlimau. Kenapa esey kate saat-saat sukar? Dah tentu skali jawapannya ialah, mereka semua telah berjaya mengharungi keganasan kempen dari UMNOBN. Ditambah pulak ngan media yang sentiasa memenangkan BN di dalam siri kempen pilihanraya ini. Mereka terpaksa bekerja keras bagi menyampaikan maklumat-maklumat yang tepat kepada pengundi-pengundi di sana. Mereka juga bekerja keras menjawab segala tohmahan-tohmahan yang dilemparkan media UMNO melalui ceramah dan risalah. Kalau diikutkan, memang pilihanraya ini tidak dijalankan secara adil.

     Memang patutlah UMNO menang kerana rakyat hanya menonton berita tentang kebaikan dan kesungguhan BN sahaja,tetapi tidak menyajikan rakyat bagaimana pula kesungguhan dan khidmat yang diberikan pembangkang. Jika diikutkan pendapat peribadi, memang tidak adil langsung. Tetapi kami sentiasa mengamalkan konsep wala',dimana kami patuh dan kami taat kepada ketua dan pemimpin kami yang meminta semua penyokong dan ahli bertenang dan menerima kekalahan ini. Jadi, kami menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka. Kami tidak kecewa kerana wakil rakyat yang baru dari UMNO itu,tidak mungkin akan berkhidmat lama di kedua DUN tersebut,kerana pilihanraya umum akan diadakan tidak lama lagi. Janganlah bangga dengan kemenangan yang kamu perolehi dengan cara yang kotor dan jijik itu. pilihanraya umum nanti, kami yakin dan pasti, parti kamu dan parti yang ikut buntut kamu akan menjadi pembangkang dan tidak akan pernah menjadi kerajaan buat selama-lamanya.

MARZIDY
7:46pm,8/3/2011,selasa
NASRUN MINALLAHI WA FATHUN QORIB.

Tuesday, March 1, 2011

ZAIN EL ABIDIN > HOSNI MUBARAK > MUAMMAR GADDAFI?

     Salam perjuangan... lama rasanya tak update bolg esey nih.. maklum la, bz tahap puake! huhuu.... tp xper... slagi nyawa ade di bdn,kite try la update blog nie lagi...hehe


     Okeh... sekarang nie, kite dikejutkan dgn pelbagai kejutan yang pernah satu mase kite x pernah jangka bnda ni akan berlaku.. ape tu?? tentulah kejatuhan2 diktator dalam diam yang ade dlm dnia kita nie.. sape orang nye? Ya... Mereka2 itu adalah Zainel Abidin(presiden Tunisia), Hosni Mubarak (presiden mesir) dan yg bkl mnuju kejatuhan x lain x bukan ialah Muammar Gaddafi (presiden Libya).


     Tunisia yg pernah suatu ketika dahulu pernah dijajah oleh spanyol dan ditawan kembali oleh Khalifah Turki Uthmaniah, kni menyaksikan bagaimana pemerintah negara itu jatuh dgn cara yg amat memalukan. Pemimpin itu jatuh hanya dengan kebangkitan para pemudanya. Pemuda2 itu bgkit krna saudara mereka tlh mbunuh diri akibat daripada kekejaman pmerintah yang tidak mbenarkan bliau mnjalankan prniagaan untuk mnyara hidup. Rakyat trus miskin malah pmimpinnya smakin kaya. Bisnes pniaga itu dijahanamkan oleh pihak berkuasa Tunisia tnpa rasa belas kasihan langsung. gerainya diroboh dan dibakar. akhirnya pmuda itu mmbunuh diri. Lantaran dari peristiwa itulah, seluruh pemuda2 nya bankit dan berdemonstrasi dan akhirnya jatuhlah diktator mereka.

     Teori Domino diteruskan lagi ke Mesir. Presiden Hosni Mubarak dijatuhkan oleh rakyatnya yang selama ini terkurung di dalam negara sendiri. Kebebasan Bersuara disekat selama 30 tahun di bawah Hosni mubarak sejak dari tahun 1981 hinggalah tahun keramat bagi rakyat Mesir,tahun 2011 dimana rejim Mubarak jatuh dengan aib sekali. Setelah ramai yang syahid dalam usaha mnjatuhkan rejim ini, akhirnya Mesir berjaya menjatuhkan rejim yang amat berkuasa di sana. Hosni wajar dijatuhkan kerana dia lah yang mmbantu israel membunuh rakyat dan saudara2 kita di Palestin. Laknatlah kepada seluruh batang tubuh Hosni Mubarak! 


    Dan kini, Muammar Gaddafi menghadapi penentangan dari rakyat sendiri. Dia yang berketurunan yahudi kini membunuh ramai rakyatnya untuk terus berkuasa di tampuk pemerintahan. Menggunakan seluruh kekuatan kerajaan untuk melawan rayat yang lemah. Tetapi Allah Maha Kaya, dikatakan separuh dari tentera kerajaan berpaling tadah dan kini bersama dengan rakyat libya dalam usaha menjatuhkan gaddafi.. Gadafi bolehlah bersiap siap untuk keluar dari negaranya kerana saat kejatuhannya semakin hampir,.. mari sama2 berdoa supaya muammar gaddafi berjaya ditumbangkan oleh rakyatnya.. dan kpd seluruh rakyat yg bangkit menentang, untuk menjatuhkan kerajaan zalim,bukan murah harga yang perlu dibayar.. bersedialah untuk syahid!!! TAKBIRRR!!!!!!

Tuesday, January 25, 2011

MUHYIDIN TUNJUK PANDAI LAGI

Mase esey baca2 utusan Online, esey terbaca la satu berita yang mnunjukkan calon BN di DUN Tenang,johor adalah sorang yang bersih,baik peribadinya dan merupakan calon terbaik bagi penduduk di DUN Tenang. orang yang ditemuramah ialah Tan Sri Muhyidin Yassin,pakcik kepada member ekey,Atique Yassin. Atique xder kena mngena langsung dalam hal nie. Atique Orang PAS.

Ok, kita balik pade tajuk kita.
muhyidin tujuk pandai lagiiii!!

ni lah muhyidin kalau nak kenal..

Dia kata, "calon BN bersih,,pangai baik. Kes mahkamah yang dia hadapi mase jadi ADO dulu,bukan sebab perangai peribadi dia, tapi sebab ats kpasiti dia pegawai kerajaan". Nah ko! patut la Isa Samad boleh jadi YB smula & dlntik jd Pengerusi Felda. sebab ape? sbb Isa Samad orang baik, bersih,pndai wat keja n bla bla bla! Mase Isa Samad di gantung dalam Umno sbb terlibat ngan rasuah dulu, bukan sbb peribadi dia, tapi atas kapasiti dia sorang calon MT umno! muhyidin dh nyanyuk! maknanya, yang rasuah dulu, bukan Isa yg sebenar, tapi calon MT umno yg mnyerupai Isa Samad.!! Isa yang sebenar adalah sorang manusia yang paling baik(pada UMNO la)! same jugak halnye dengan calon PRK tenang nih. Mase dia jadi ADO dlu, dia prnah disaman dengan sorang pmilik tanah sebab si calon (Azahar) ni tlh mnjual tanah tu tnpa pengetahuan pmilik asalnya.. maknanya Azhar sorang yang tak amanah dalam menjaga harta rakyat! jual ikut suke ati kepale dia jer. tapi Muhyidin kata dia calon terbaik,calon yang tiada masalh peribadi,calon yang bersih,calon yang boleh jaga rakyat kononya. Masalah kes sblum ni bukan dia yang buat, tapi mungkin jelmaan jembalang tanah yang mnyerupai rupa Azahar menjadi ADO mase tu. sebab tu la ADO tu xamanah,sedangkan Azahar sorang yang amanah sebenarnya! ape la aku dapat sorang TPM yang nyanyuk.. bcakap macam budak x abis skolah... aku yang biol2 ni pn buleh fikir dengan baik ape yang dia cakap, ape lagi pengundi tenang yang bijak2 dari aku berfikir.. sah2 parti ko akan tersungkur kali ni di Tenang! paling kurang, Pas akan dapat kurangkan majoriti 2000 dulu kpada 800 lbih sahaja..

Esey pun xberapa reti dengan cara pemimpin umno berfikir. Calon PAS adalah seorang perempuan yang kukuh asas agamanya. jadi, tidak hairanlah jika beliau tidak bersalam dengan mana-mana lelaki ataupun beliau memakai sarung tangan untuk berjabat tangan dengan mana-mana lelaki ajnabi dalam siri kempen pilihanraya ini. Kita semua memang sudah maklum akan hukum itu. Tidak perlu di pertikaikan lagi. tibe2, datang sorang hero porno MCA/BN, menyindir calon PAS ini kerana tidak bersalam dengan lelaki. Yang esey hairannya, kenapa pemimpin-pemimpin yang beragama Islam di dalam parti perkauman melayu(UMNO) tidak menyelar tindakan hero porno ini? takut ke?? Mana Muhyidin yang pernah suatu ketika pernah mengeluarkan kenyataan,"saya tahu tentang Agama"....! Semuanya diam seribu bahasa.

Malah yang bangkit menentang adalah pemimpin-pemimpin yang berbangsa Cina dan bukan Islam dalam DAP dan PKR!! Tidak kurang hebatnya dengan kritikan-kritikan dan serangan balas yang diberikan pemimpin-pemimpin kami di dalam PAS.. Malu lah pemimpin melayu UMNO!! Kamu berkawan dengan MCA berpuluh tahun, tapi kamu masih belum mampu menerangkan hukum Islam kepada mereka. Lihat lah Islam yang dipasarkan oleh PAS, baru beberapa tahun berkawan dengan DAP dan beberapa individu-individu bukan Islam yang berada di dalam PKR, kini mereka sudah mengerti apa itu Islam dan apa itu hukum Islam. Malah, jika tidak keterlaluan,esey nk cakap,esey nampak mereka ini lebih faham Islam dari pemimpin UMNO yang melayu!


pimpinan
kami akan sentiasa berada dibelakang anda

Wahai Tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani,Selawat dan salam keatas junjungan besar kekasihMu Nabi Kami, Nabi Muhammad S.A.W. para sahabatnya dan seluruh ahli keluarga nya. Ampuni segala dosa ibu bapa kami dan kasihanilah mereka berdua sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil. Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan di langit dan di bumi. Engakau lah sebaik2 perancang. kepada Engkau lah kami memohon bantuan setelah segala kudrat kami kerahkan untuk memperjuangkan Agama MU Ya Allah. Apalah kira nya Engkau memperkenankan doa kudus kami ini.. Engkau bantu la kami Ya Allah. Hancurkanlah musuh-musuh kami.,musuh agamaMu. Engkau gagalkanlah segala perancangan jahat mereka selama ini untuk menjatuhkan kami. Engkau hancurkanlah mereka ini sepertimana Engkau hancurkan tentera2 Abrahah! walau besar dan ramai sekalipun musuh kami itu, Engkau kalahkanlah mereka,Engkau sedikitkanlah bilangan mereka, redhakanlah perjalan kami di atas dunia ini,rahmatilah perjuangan kami supaya kami mempunyai jawapan dihadapan Mu di akhirat nanti jika kami ditanya tentang apa usaha kami di dalam menyebarkan Islam. Engkau menangkan lah Calon Parti Islam Semalaysia di dalam Pilihanraya Kedil DUN Tenang Johor. Menagkanlah Calon kami, Normala Sudirman. Supaya dengan kemenangan ini,akan menambahkan semangat kami untuk berjuang selagi terdaya,menyebarkan agamaMu tanpa rasa gentar lagi.. Wahai Allah,,,,Engkau lah Maha Mendengar dan Maha Pemurah.. Dengarilah doa ikhlas kami ini...makbulkanlah permintaan yang bersungguh-sungguh dari kami ini Ya Allah...Aminn Ya Robbal 'Alamiinn.. TAKBIRRRRRRR!!!

Saturday, January 22, 2011




Esey saje je upload gambar2 ni.. sebab macam lame je x upload blog nih.. lagipun, tengok gambar2 ni, boleh tenangkan jiwa. Terapi jiwa dengan gambar namanya. Ape-ape pun, semoga kita jadi hamba Tuhan yang pandai bersyukur dan menghargai setiap apa yang Tuhan dah berikan pada kita.. begitu banyak dosa kita padaNya, tapi dia masih lagi memberikan kita hadiah alam yang cukup indah ni......